Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah

Dewasa ini, saya rasa penggunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah boleh dikatakan di dalam tahap yang amat lemah. Para pelajar-pelajar Melayu di sekolah cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam bertutur daripada menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Lebih-lebih lagi, dalam pertuturan mereka, mereka sering menggunakan bahasa Melayu yang tidak baku. Ini membuktikkan bahawa tingkat pengguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar boleh dikatakan rendah.

Oleh kerana itu, beberapa perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini boleh digalakkan atau ditingkatkan.

Sistem pembelajaran di sekolah adalah faktor yang amat penting dalam peningkatan penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah. Lantas, sekolah memiliki salah satu peranan yang sangat penting dalam menyediakan wadah pembelajaran bahasa Melayu yang konsisten kepada para pelajar sekolah. Kurikulum kelas bahasa Melayu yang sudah ada boleh ditambahkan dengan mengadakan bengkel tentang kepentingan bahasa Melayu atau perkhemahan kepada para pelajar Melayu. Dengan ini, pengunaan bahasa Melayu boleh ditingkatkan dengan adanya interaksi antara pelajar-pelajar Melayu. Tidah hanya dalam aspek lisan, aktiviti-aktiviti ini boleh mempererat hubungan antara para pelajar maupun dengan para guru.

Selain itu, pihak guru juga mempunyai peranan yang pentng dalam perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan para pelajar sekolah. Guru merupakan sumber pengetahuan bagi para pelajar.Tanpa seorang guru, pelajar tersebut juga tidak akan dapat memahami serta menguasai bahasa Melayu dengan baik. Para guru boleh menganjurkan pelbagai pertandingan antara kelas. Lalu, melaksanakan program kelompok dan mengadakan aktiviti di luar kelas. Dalam kurikulum pelajaran, para guru dapat memberi pelajar contoh karangan yang baik dan mengadakan perbualan secara individu. Dengan aktiviti-aktiviti tersebut, para pelajar boleh menjadi mahir dalam bertutur dengan fasih dan lancar serta boleh memberi pendapat secara kritis dan analitis dalam pelbagai situasi. Aktiviti-aktiviti tersebut juga boleh menarik minat para pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu sehingga mereka dapat lebih cepat memahami apa yang diajarkan oleh gurunya. Jadi, penguasaann bahasa Melayu boleh dikem dan prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam peperiksaan boleh ditingkatkan.

Selain daripada pihak sekolah dan guru, Ibu Bapa juga merupakan pihak terpenting dalam peerkembangan penguasaan bahasa Melayu pada pelajar. Ibu Bapa merupakan tambahan peranan sekolah dan guru yang dapat membantu dalam proses penerapan pada aspek lisan. Tiada guna kalau pelajar hanya menggunakan bahasa Melayu semasa kelas melayu sahaja. Interaksi antara orang tua dan para pelajar di luar masa sekolah dengan bahasa yang baku boleh menambah minat pelajar untuk mendalami bahasa Melayu. Para orang tua boleh memberikan contoh yang baik dengan mengamalkan bahasa Melayu seperti menonton rancangan berita Melayu. Para orang tua juga boleh mengajarkan anak-anak mereka untuk menggunakan bahasa baku yang tepat. Dengan pertolongan dari Ibu Bapa, pelajar dapat terdorong untuk lebih sering menggunakan bahasa Ibundanya itu.

Yang terakhir, para pelajar boleh membantu kawan-kawan Melayu mereka dengan berbual dalam bahasa Melayu yang baku. Para pelajar tersebut juga perlu memberi sokongan kepada kawan mereka yang lain dalam menguasai bahasa Melayu. Bila kawan mereka tidak faham dengan pelajaran yang diajarkan, para pelajar boleh mengajarkan kepada mereka sampai mereka dapat faham. Dengan ini, para pelajar boleh lebih tertarik untuk menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan sehari-hari dan minat mereka untuk menguasai bahasa ibunda mereka boleh ditingkatkan.

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

Raudahtul Jannah 3s3 Ghairah dapat tonton buat pertama kali

Artikel ini mengisahkan tentang Encik Mohali Amind, 46 tahun yang telah mencuba untuk mendapatkan tiket untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) selama lima tahun berturut-turut. Namun, tidak berhasil. Berkat ketabahan Encik Amind, beliau bernasib baik tahun ini kerana telah berjaya mendapatkan empat tiket bagi Pranonton NDP pada tahun ini. Beliau berasa sungguh gembira sekali setelah diberikan tiket-tiket tersebut daripada seorang kenalan yang merupakan anggota Jawatankuasa Penduduk (RC).

 

 

Walaupun menempah tiket dalam talian pada saat-saat terakhir, Encik Haron Ali, seorang penonton, berjaya mendapatkan enam tiket untuk keluarganya. Beliau sungguh ghairah  untuk menyaksikan persembahab NDP pada tahun ini kerana pada tahun-tahun yang lepas, beliau sekeluarga hanya dapat menonton bunga api di kawasan pinggiran. Antara aksi menarik ialah pertunjukan jet ski dan paraglider di samping acara popular setiap tahun ia itu pertunjukan payung terjun oleh 12 anggita kumpulan Red Lion. Pertunjukan bunga api pada tahun ini juga lebih gah kerana ia lebih dekat dengan penonton.

 

 

Saya berpendapat bahawa semua warga Singapura harus diberi peluang untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) meskipun  ia pranonton ataupun siaran langsung. Menonton melalui televisyen di rumah rasanya tidak sama seperti di stadium. Saya berasa bahawa setiap rakyat Singapura harus mendapat kesempatan untuk merasakan kehangantan dan kemeriahan di stadium NDP kurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Kita harus berasa bangga akan kemajuan negara kita sendiri dan harus menghargainya.

 

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

3S3 Siti Nurlaili Terbang tinggi

Artikel ini telah memberi saya satu pembuka mata tentang adanya kursus baru di Politeknik Temasek. Kursus tersebut adalah tentang penerbangan, pengurusan dan perkhidmatan.

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus tersebut akan dapat pelajari cara-cara untuk mengawal kapal terbang dan trafik udara serta cara-cara mengendalikan lapangan terbang.

Saya rasa sungguh ghairah apabila mendapat tahu adanya kursus sebegini di Politeknik Temasek kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang operasi-operasi mengendalikan lapangan terbang. Saya rasa ia adalah satu langkah yang bagus yang telah diambil oleh Politeknik Temasek untuk menyertakan kursus itu.

Saya sarankan agar lebih banyak kursus-kursus sebegini akan ditawarkan di politeknik-politeknik yang lain. Ia akan lebih baik jikalau mereka dapat turut sertakan artikel tentang kursus-kursus yang ditawarkan agar para pelajar dapat mengetahui serba sedikit tentang kursus-kursus yang ada di serata politeknik.

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

3A1 Ivonne Nathania “Sebuah diari biru”

Cerpen ini menceritakan tentang dua kawan, Amir dan Lina, yang sudah sangat dekat sejak mereka masih kanak-kanak. Sejak kecil Amir mengagumi Lina yang amat cantik, pintar dan baik hati. Rasa kagum terhadap Lina kian berubah menjadi rasa suka yang amat mendalam. Hubungan kedua kawan ini pun menjadi kian dekat dari tahun ke tahun. Saat mereka berumur 23, suatu perkara muncul melanda Amir. Amir yang amat mencintai Lina ternyata telah dijodohkan oleh orang tua nya dengan seorang anak gadis kawan Bapanya. Mengetahui hal itu, Amir amat terkejut. Disaat hubungan Amir dan Lina amat dekat, gadis lain memasuki kehidupan mereka dan segalanya menjadi berubah. Orang tua Amir dan orang tua gadis ini berjanji untuk menikahkan dua insan ini satu tahun kemudian.Amir dengan berat hati harus menjauhkan diri dari Lina demi perjodohan ini. Lina berasa amat sedih kerana Amir mengelak darinya. Beberapa bulan kemudian, sebuah khabar membuat Amir sangat terperanjat. Sudah lama Lina terkena penyakit barah otak yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi dan sekarang dia berada di hospital. Amir tidak tahu tentang penyakit ini dan lebih-lebih lagi hidup Lina sudah tidak lama lagi. Amir dengan segera menuju ke hospital. Melihat Lina yang terbaring di tempat tidur dengan wajah yang sangat pucat, Amir berasa amat sedih. Tiba-tiba, ibu Lina mendekati Amir dan memberikannya sebuah diari biru milik Lina. Di dalam nya, Lina menulis bahawa dia juga mencintai Amir semenjak mereka masih kanak-kanak dan Lina berasa amat kecewa terhadap Amir yang mengelak dari dirinya. Membaca itu, Amir menitiskan air mata. Dia memutuskan untuk membatalkan perjodohan tersebut ,tidak peduli bahawa orang tuanya akan marah. Amir ingin menemani dan memberikan kebahagiaan kepada Lina di sisa-sisa hidupnya yang terakhir.

Treat others the way you want others to treat you, pepatah Inggeris ini boleh menyedarkan bagaimana pentingnya bagi kita untuk menghargai orang lain. Bila kita berbuat baik kepada orang lain, maka orang tersebut tentunya akan berbuat baik juga kepada kita. Begitu juga sebaliknya. Tentu sahaja kita tidak senang dengan pergaduhan sesama kawan kita. Oleh dari itu, kita sepatutnya menghargai perasaan keadaan dan perasaan kawan kita. Untuk menghargai mereka, kita terlebih dahulu memahami orang-orang tersebut. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan kita yang mempunyai perbedaan agama ataupun budaya. Apabila kita tidak dapat memahami mereka, maka persoalan yang terjadi akan menjadi teruk dan susah untuk diselesaikan. Kita dikehendaki untuk tidak memikirkan tentang diri kita sendiri, namun akan amat baik bila kita memikirkan orang-orang di sekitar kita. Mungkin kita berfikir bila kita melakukan apa yang kita mahu sahaja, keadaan akan berjalan amat baik. Namun, menurut saya, fikiran tersebut boleh dibilang tidak bijak. Saya yakin tidak orang yang senang mempunyai kawan yang suka memikirkan tentang dirinya sendiri. Sebagai manusia, kita dikehendaki hidup dalam satu kesatuan. Bila semua orang suka memikirkan tentang diri sendiri makan kesatuan tersebut dapat terpecah. Keharmonian sesama manusia pun tidak dapat terbentuk.

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

Raudahtul Jannah 3s3 Gila PSP

Artikel ini tentang akibat ketagihan PSP. Kini, remaja rela buat hal sendiri daripada berkomunikasi dengan orang lain hanya kerana permainan canggih. Mereka terlalu khusyuk bermain PSP, orang lain atau aktiviti lain nampaknya tidak dihiraukan lagi sehingga menimbulkan sindrom ketagihan yang dahsyat. PSP sekali lagi menjadi ‘teman’ remaja di perjumpaan Hari Raya atau tatkala saudara-mara berkumpul untuk berlebaran di rumah orang yang lebih tua.

 

Mereka tidak lagi memenuhi ruang dewan sambil menonton televisyen atau berborak-borak mahupun berkaraoke. Jari-jemari ligat bermain PSP. Ia juga membawa risiko tidak ingat belajar atau simdrom kesakitan jari-jemari kalau bermain terlalu lama. Bagaimanapun, setiap yang negatif itu ada positifnya. Terdapat sebuah Kelab Rekaan PSP terbentuk di Britain dengan anggotanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang bergabung tenaga untuk memikirkan rekaan yang sesuai untuk PSPterkini.

 

Saya berpendapat bahawa jikalau seseorang keseorangan dan tidak berteman, PSP boleh mengubati kerungsingan yang memenuhi benak, asal saja ia tidak menguasai kehidupan anda. Kita sepatutnya tahu untuk membahagikan masa dengan baik. Apabila kita ada masa yang lapan kita boleh main PSP sehingga bosan dan apabila kita bersama keluarga atau teman, kita tidak sepatutnya bermain PSP malah kita harus hiraukan mereka supaya mereka tidak berasa kesepian atau keseorangan.

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

3A1 Ivonne Nathania GILA ‘PSP

Wabah permainan Play Station Portable (PSP) memang sudah menyebar dimana sahaja. Tidak hanya para remaja ataupun kanak-kanak, namun para orang tua pun juga ikut memainkan permainan ini. Mereka pun bahkan lebih rela menghabiskan waktu untuk bermain PSP daripada melakukan aktiviti yang lain. Lebih-lebih lagi, PSP seperti sudah menjadi “teman” mereka.

Saya turut prihatin dengan perkara yang berlaku pada para remaja zaman ini. Menurut saya, bila ramai orang tua tidak mempedulikan kanak-kanak mereka dan lebih memilih untuk bermain PSP, para kanak-kanak tersebut dapat mencontoh perilaku orang tua mereka. Lalu, pada masa remaja mereka, mereka akan sulit unuk berkomunikasi dengan orang lain kerana mereka bermain permainan canggih tersebut. Mereka akan tertutup dengan dunia sosial di luar dan akibat fatal yang akan terjadi iaitu para remaja boleh mendapat kesulitan dalam mengikuti perkembangan di dunia luar. Mereka tidak dapat tahu apa yang  terjadi dengan dunia luar kerana mereka hanya sibuk dengan dunia PSP mereka.

Beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu perkara ini iaitu, para remaja perlu tahu bagaimana mereka harus membagi waktu mereka. Para remaja dikehendekai untuk tahu bila mereka harus belajar dan bila mereka boleh bermain. Kedua, para orang tua boleh memberikan nasihat kepada para remaja tentang bahaya yang akan terjadi apabila kita “terjun” dalam dunia PSP.

Posted by: menengah3e2 | Ogos 24, 2008

3S3 Siti Nurlaili Dansa Jaya

Pada pendapat saya, artikel ini amat menarik untuk dibaca. Ia juga mempunyai informasi yang mungkin tidak diketahui ramai. Artikel ini menceritakan tentang adanya pertandingan High School Musical yang baru diadakan dan juga tentang persiapan kumpulan tersebut untuk menyertai pertandingan tersebut.

Saya berasa bangga kerana antara banyak kumpulan yang turut mangambil bahagian, terdapat sebuah kumpulan yang terdiri daripada para remaja melayu yang berusia 14 tahun. Mereka telah mengambil langkah inisiatif untuk turut bertanding dan sambil itu dapat meluaskan ilmu dengan lebih mendalam tentang aktiviti tarian yang amat diminati.

Dengan pengetahuan sedia ada yang saya tahu tentang pertandingan sebegini ialah saya rasa kumpulan ini mestilah menari dengan baik sekali. Ini ialah kerana setahu kumpulan  Sekolah Menengah Orchid Park telah pun memasuki pertandingan yang hampir serupa dan telah menari dengan baik sekali lantas memenangi tempat pertama. Jika pertandingan yang disertai sekolah kita adalah untuk di Singapura sahaja, saya rasa tarian berkumpulan harus lebih menonjolkan apatah lagi telah pun bertanding untuk mewakili Singapura di persada negara Asean.

Posted by: atilza16 | Ogos 1, 2008

Aktiviti Kefahaman

Syabas kerana berjaya melalui proses pembelajaran IT di makmal komputer bagi pelajaran kefahaman hari ini.

Berikut telah saya lampirkan slaid powerpoint setiap kumpulan berserta jawapan yang lebih baik untuk rujukan para pelajar sekalian:

kumpulan-alamak-andri-fadhli-nadiah-safwah

kumpulan-amirah-siti-zahin

kumpulan-apa-apalah-hazeerahismady

kumpulan-lina-jannah-lydia-zahin

kumpulan-warna-haziqahivonnenazry-dan-reeta

nama-kumpulan-sarahnadzirah-salimshahril

Anda juga boleh melungsuri lelaman kelas menengah 3 yang lain untuk melihat variasi dalam binaan jawapan mereka.

Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

3s3 Nadzirah Godaan Rokok

Artkel ini menceritakan tentang remaja-remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka.Budaya merekok ini telah berleluasa di kalangan remaja kerana mereka fikirkan ia adalah sesuatu perkara yang kool.Masyarakat kini dapat menerima tentang masalah merokok ini terutama sekali golongan kaum lelaki.Kini bukan sahaja kaum lelaki yang merokok malah purata bagi wanita merokok telah menjangkau naik.

Seperti Shaza,dia telah mula merokok pada usia yang sangat muda iaitu pada 13 tahun.Bagi Shaza dia sangat beruntung kerana walaupun dia ditangkap merokok,dia tidak dimarahi malahan dia diselamatkan dengan dihantar ke seorang kaunselor.Dia sangat beruntung kerana dia telah berhenti dengan usai yang awal.Ini kerana jika Shaza masih lagi merokok,dia mungkin sudah menghidapi pelbagai penyakit  seperti barah paru-paru pada usia yang muda.

Bagi mereka yang telah terjerumus dengan pengaruh kawan-kawan dan telah sedar dengan perbuatan tersebut,mereka boleh meminta bantuan daripada contohnya Lembaga Penggalak Kesihatan.Mereka juga boleh meminta bantuan daripada kaunselor.Dengan mendapatkan bantuan sebegini,remaja-remaja akan sedar tentang keburukkan merokok.

Dengan meminta bantuan daripada seorang kaunselor atau lembaga tertentu mengenai merokok,ini boleh membantu mereka di luar sana yang merokok untuk berhenti.Dengan ini ia dapat mengurangkan kadar para perokok yang merokok dan pesakit yang menghidapi penyakit daripda merokok.Dengan itu, mereka yang mahu berhenti merokok bukanlah sesuatu yang akan mereka sesali pada masa yang akan datang malah mereka akan berasa bernasib baik kerana telah berhenti.

Older Posts »

Kategori