Posted by: menengah3e2 | Julai 2, 2008

3A1 Filianie Selamatkan Bumi Dengan Mulakan Langkah Sendiri

Dengan dimuatnya artikel ini di surat khabar, para masyarakat Singapura dikehendaki untuk memulakan langkah sendiri untuk menyelamatkan bumi, kita tidak boleh hanya bergantung kepada orang lain atau ahli-ahli untuk mengatasi pemanasan sejagat ini. Sebagai masyarakat bumi, kita-umat manusia-bertanggung jawab atas masalah ini. Kita seharusnya peduli dan mengambil paling tidak satu langkah yang sederhana untuk membantu mengatasi masalah sejagat ini. Jika kesadaran ini dapat timbul di dalam diri seluruh masyarakat maka masalah pemanasan sejagat ini dan menjadi lebih ringan bahkan dapat juga terselesaikan. Satu langkah yang sederhana sahaja jika dilakukan setiap hari oleh masing-masing masyarakat akan sangat berfaedah untuk bumi. Seperti kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-kelamaan menjadi bukit, demikian juga halnya dengan langkah tersebut. Contoh langkah sederhana yang dapat diambil telah disebutkan di dalam artikel ini, yakni penjimatan sumber, mengitar smula barang-barang yang lama dan tidak diperlukan lagi dan menjimat tenaga elektrik. Langkah-langkah ini telah dijelaskan dengan sangat jelas pada artikel ini. Jika pemanasan sejagat ini tidak diatasi dengan segera, maka iklim di bumi semakin lama semakin memburuk, panas dan tidak menentu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: