Posted by: menengah3e2 | Julai 6, 2008

3A1 Ivonne Selamatkan Bumi Dengan Mulakan Langkah Sendiri

Dengan adanya artikel ini di surat khabar, para masyarakat Singapura dikehendaki untuk memulakan langkah sendiri untuk menyelamatkan bumi. Kita tidak boleh bergantung pada orang lain atau ahli-ahli untuk mengatasi pemanasan sejagat ini. Sebagai masyarakat bumi,kita seharusnya bersikap peduli dan mengambil sekurang-kurangnya satu langkah yang sederhana untuk membantu mengatasi masalah sejagat ini. Kerana kita tinggal di bumi, kita dikehendaki untuk menjadi masyarakat yang ikut bertanggung jawab untuk mengatasi masalah bumi. Jika kesedaran ini dapat timbul di dalam diri seluruh masyarakat maka masalah pemanasan sejagat ini akan menjadi lebih ringan bahkan boleh terselesaikan. Satu langkah sederhana bila dilakukan setiap hari oleh masing-masing masyarakat akan sangat berfaedah untuk bumi. Seperti peribahasa “sedikit-sedikit lama kelamaan menjadi bukit”, demikian juga halnya dengan langkah tersebut. Contoh langkah sederhana yang dapat diambil telah disebutkan di dalam artikel ini, iaitu penjimatan sumber, mengitar smula barang-barang yang lama dan tidak diperlukan lagi dan menjimat tenaga elektrik. Langkah-langkah ini telah dijelaskan dengan sangat jelas pada artikel ini. Jika pemanasan sejagat ini tidak diatasi dengan segera, maka iklim di bumi semakin lama semakin memburuk, panas dan tidak menentu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: