Posted by: menengah3e2 | Julai 6, 2008

3S3 Siti Nurlaili Lima kumpulan seni teroka aspek tari

Artikel ini menceritakan tentang adanya kem-kem tarian seperti Kem Beliaseni 2008 yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Variasi dan lima lagi kumpulan seni seperti Kumpulan Kesenian Budaya,Ayunda Lestari, Theatre Peti Karma,Sri Purnama seni dan Sri Bayu kencana.Kem-kem ini telah diadakan untuk melatih peserta dari segi seni,pementasan,produksi dan kepimpinan.Selain daripada itu,pengalaman para peserta mengikuti kem ini juga dapat dimanfaatkan untuk sumbangan kepada masyarakat. Apatah lagi matlamat pertama kem ini adalah untuk menimbulkan keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat.Saya rasa kem-kem sebegini amat baik kerana ia meningkatkan lagi keyakinan diri belia-belia yang ingin melibatkan diri dalam bidang tarian.Mereka juga dapat menjalin lebih banyak perhubungan baik dengan peserta-peserta kem ini dan lebih penting sekali ialah kem-kem sebegini dapat mengisi ruang masa belia-belia agar mereka tidak akan membuang masa dan membuat kerja-kerja yang tidak akan membawa manfaat.Lantas,saya sokong dan inginkan lebih banyak kem-kem serupa untuk dianjurkan khas untuk para belia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: