Posted by: menengah3e2 | Julai 7, 2008

3s3 Nadzirah “Lima kumpulan seni teroka aspek tari”

Artikel ini mengisahkan tentang Kumpulan Variasi yang telah menganjurkan kem belia seni pada tahun ini.Mereka menyedari bahawa terdapat ramai bakat besar yang terpendam begitu sahaja.Lantas mereka telah bergabung dengan empat lagi kumpulan seni lain iaitu kumpulan seni budaya, Ayunda Lestari,Theatre Peti Karma ,Sri Purnama Seni dan Sri Bayu Kencana.Salah satu daripada tujuan mereka melakukan sedemikian adalah untuk memupuk keyakinan diri bakat-bakat muda dan juga menimbulkan keinginan mereka untuk menyumbang kepada masyrakat.Ia juga untuk menjalin hubungan baik di antara kelab-kelab dan persatuan-persatuan.Selain daripada itu juga ia dapat mendidik dan memberi mereka lebih pemahaman tentang seni dan budaya.Tambahan, kem ini untuk melatih dalam kemahiran kepimpinan menerusi proses kerjasama dan terapi seni.Dengan ini ia dapat melatih peserta dari segi seni,pementasan dan kepimpinan.

Pada pendapat saya, perkara sebegini sangat baik kerana mereka yang menyertai dapat menimba sesuatu ilmu yang baru tentang tarian.Perkara ini juga dapat meluangkan masa mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan.Ini juga boleh mengelakan belia-belia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: