Posted by: menengah3e2 | Julai 7, 2008

3s3 Raudahtul Jannah Lima kumpulan seni teroka aspek tari

Artikel ini mengisahkan tentang Kem Beliaseni 2008 yang dianjurkan oleh Kumpulan Variasi. Kem ini juga dijalankan dengan kerjasama empat kumpulan seni lain iaitu kumpulan kesenian budaya, Ayunda Lestari, Theatre Peti Karma, Sri Purnama Seni dan Sri Bayu Kencana. Matlamat kem ini ialah pertama, untuk memupuk keyakinan diri bakat-bakat muda dan juga menimbulkan keinginan mereka menyumbang kepada masyarakat. Kedua, untuk menjalin perhubungan baik di antara kelab-kelab dan persatuan-persatuan. Ketiga, untuk mendidik dan memberi mereka lebih pemahaman mengenai seni budaya. Terakhir, untuk melatih dalam kemahiran kepimpinan menerusi proses kerjasama dan terapi seni.

 

Kem ini bertujuan melatih peserta dari segi seni, pementasan, produksi dan kepimpinan. Peserta Kem Beliaseni 2008 banyak belajar selok-belok tarian dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan untuk sumbangan kepada masyarakat. Salah seorang peserta kem ini, Nurhidayana Hamdi, 26 tahun, berpendapat bahawa kem sebegini amat baik kerana ia mengelakkan remaja daripada menghabiskan masa mereka sewenang-wenangnya. Beliau berkata bahawa remaja dapat memotivasikan diri dengan pendedahan yang diberi dan berharap lebih banyak kelab masyarakat atau persatuan akan mengadakan kem sebegini.

 

Saya berpendapat bahawa kem ini amat baik kerana.remaja  tidak dapat melakukan perbuatan yang tidak berfaedah kerana masa lapang mereka telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kem ini. Dengan cari ini juga remaja dapat menyumbang kepada masyarakat. Saya percaya bahawa kem ini amat menyeronokkan dan peserta tidak akan berasa menyesal memasuki kem tersebut. Saya harap sekolah-sekolah juga akan menganjurkan kem sebegini supaya remaja akan lebih giat dalam seni tarian melayu daripada sini tarian barat sahaja.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: