Posted by: menengah3e2 | Julai 7, 2008

3s3 Reeta Natasha bte Ahmad Jamil Inginkan Kesan Lebih Mendalam

Artikel ini adalah mengenai seorang angkawasan Melayu/Islam pertama,Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, dari Malaysia yang ingin kesemua sembilan angkawasan beragama Islam dapat disatukan untuk melawat serata dunia bagi memberikan kesan yang lebih mendalam kepada golongan Islam sedunia.

Dr Sheikh Muszaphar berkata bahawa hasrat itu bukan mustahil tetapi memerlukan banyak sokongan,terutamanya dari negara-negara Islam sendiri  pada hari Ahad 29 Jun 2008 apabila hadir di seminar pendidikan anjuran Jamiyah di Masjid Sultan,Singapura.

Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi pengalamannya hidup di angkasa lepas di dalam stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) Oktober lalu supaya lebih ramai orang akan bercita-cita menjadi angkasawan .DR Sheikh Muszaphar juga aktif mempromosikan program angkasa lepas serta menulis sebuah buku mengenai pemilihannya menjadi angkasawan pertama Malaysia .

Akhir sekali,saya sangat kagum dengan Dr Sheikh Muszaphar kerana merupakan angkasawan Melayu/Islam pertama di Malaysia.Saya juga berpendapat bahawa impian Dr Sheikh Muszaphar bukan mustahil tetapi perlukan sokongan.Kata-kata akhir Dr Muszaphar-“Jangan sekali-kali mencurigai impian anak-anak anda.Dengan kekuatn minda,keyakinan serta usaha gigih,anda pasti mencapai apa yang diingankan”-amat mendorong saya untuk bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya.

Sekian.Terima Kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: