Posted by: menengah3e2 | Julai 7, 2008

3A1 Syunnazry “Selamatkan Bumi Dengan Mulakan Langkah Sendiri”

Pada pendapat saya, artikel ini, yang ditulis untuk golongan remaja dan dewasa, adalah satu cara yang baik untuk memberitahu masyarakat kami ini tentang pentingnya menyelamatkan bumi kita ini.Isu yang terdapat di dalam artikel ini menunjukkan masalah yang masyarakat kita sedang menghadapi. Ia adalah masalah pemanasan sejagat.

Sebab-sebab yang menyebabkan masalah ini adalah penggunaan gas karbon yang berterusan dan juga penipisan hutan. Hutan-hutan ini telah pun dipotong oleh manusia untuk kemahuannya. Tanpa hutan-hutan tersebut, ia amat sukar untuk melepaskan gas karbon ini. Ia amat sukar kerana hutan-hutan, dan juga tumbuh-tumbuhan inilah yang ‘mengambil’ gas karbon ini.Maklumlah, tanpa hutan-hutan yang penting ini, bumi kita akan menjadi lebih panas kerana terlalu banyak gas karbon di suasana bumi ini.Sekarang, saya memehami kenapa cuaca sekarang amat panas terik.

Artikel ini juga menunjukkan langkah-langkah yang boleh menolong dan menunjukkan kami bagaimana untuk menyelamatkan bumi kita yang tersayang ini.Contohnya,kita boleh mengungarangkan penggunaan kuasa elektrik dengan mengurangkan kuasa hawa dingin kepada 25 darjah Celsius. Kita juga boleh menukar bol lampu jimat tenaga dan juga menggunakan peti sejuk yang berlabel mesra alam.

Kepada saya, cara yang amat mudah untuk menyelamatkan bumi kita ini adalah untuk mengutip dan membuang sampah-sarap yang terjumpa di lantai.Kalau setiap orang boleh mengutip dan membuang sampah, saya rasa yang bumi kita ini akan lebih cantik dan bersih.Kita juga akan menyelamatkan bumi ini.Saya harap yang,dengan artikel ini, ramai orang akan lebih memahami kepentingannya menyelamatkan bumi ini dan lebih ramai orang akan mencuba untuk menyelamatkan bumi ini.

Bumi ini adalah ciptaan Tuhan untuk manusia dan ia adalah ‘tugas’ kita sebagai manusia bumi ini untuk menjaganya dengan baik.Tanpa bumi ini, tiada tempat yang boleh manusia tinggal.Kita harus ingat bahawa bumi ini adalah tempat tinggal generasi yang akan datang.Kalau kita tidah menjaga bumi ini, kesiankanlah generasi-generasi yang akan datang.Haruskah mereka tinggal di sebuah bumi yang kotor dan dicemar?Saya rasa bahawa kita harus bermula sekarang untuk menyelamatkan bumi ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: