Posted by: menengah3e2 | Julai 12, 2008

3s3 Reeta Natasha Godaan Rokok.

Artikel ini menyentuh tentang masalah remaja lelaki dan perempuan yang ketagihan dengan rokok dan mengenai seorang gadis yang atasi ketagihan rokok,tabiat sejak 13 tahun.Penulisnya,Nurul’Ain Kamarulzaman,memberikan fakta bahawa gejala remaja yang merokok ini dapat diterima masyarakat terutama sekali perokok lelaki.

Gadis yang bernama Syaza ini,berjaya membuang tabiatnya setelah berjumpa dengan seorang kaunselor,Cik Zarina, sejak Ramadhan lalu.Syaza berjaya berhenti merokok setelah mempelajari yang merokok merosakkan kulit mukanya dan membuat bibirnya menjadi gelap sekali gus membuatnya kelihatan tidak menarik.Namun,Syaza masih bergaul dengan rakan-rakannya yang merokok.Walaubagaimanapun,rakan-rakannya tetap menyokongnya untuk terus jangan merokok.

Saya memang awas akan akibat merokok.Contohnya adalah para perokok boleh menghidap penyakit yang berkenaan dengan paru-paru dan akan mempunyai nafas yang bau busuk.Saya juga tahu bahawa memang ada beberapa badan-badan Melayu/Islam yang berusaha untuk mengadakan seberapa banyak kempen berhenti merokok.Setelah membaca artikel ini,saya amat bangga dengan kejayaan Syaza untuk berhenti merokok tetapi saya juga berdukacita untuk mengatakan bahawa masih terdapat ramai lagi remaja yang mempunyai tabiat merokok.

Saya berpendapat bahawa program-program yang membantu perokok untuk berhenti merokok dan kaunseling untuk perokok amat diperlukan supaya jumlah perokok akan turun .Saya menyarankan selain megadakan kempen berhenti merokok,syarikat-syarikat lain boleh juga menganjurkan kegiatan bersenam setiap minggu.Dengan cara ini,pekerja-pekerja mereka akan sihat dan mungkin untuk perokok, mereka boleh menjadikan senaman seperti pengganti merokok.


Responses

  1. Reeta, satu usaha yang amat berkesan dalam perlaksanaan ulasan kali ini. Sememangnya, ringkasan artikel anda telah dapat dicerminkan dengan padat dan jitu dalam perenggan pertama dan kedua. Syabas!

    Saya dapat melihat pengetahuan sedia ada yang amat menggalakkan kerana ini mencerminkan kegigihan anda untuk sering mengetahui apa yang berlaku dalam masyarakat Singapura secara amnya. Teruskan membaca dan mengambil tahu kerana ini akan memberi nilai tambahan terhadap hasil penulisan anda.

    Selain itu, pengaplikasian strategi 3P-S juga dapat saya lihat dengan cara yang teliti serta disokong dengan pemahaman bahan artikel yang dipilih. Saya harap usaha ini dapat diteruskan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: