Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

3S2 Nur Haziqah bt Rosidin ‘Cinta tidak kenal saiz’

Shahdan adalah seorang pelajar yang gemuk dan gemar makan. Dia seringkali diejek oleh rakan-rakannya kerana saiz badannya. Namun, dia tidak memedulikan mereka. Penulis sudah lama berkawan dengan Shahdan. Penulis tidak pernah berasa malu apabila bersama dengan Shahdan. Ada sekali-sekala tertimpul perasaan cinta, kasih dan saying terhadapnya. Sudah lama penulis ingin meluahkan perasaannya tetapi dia tidak berani untuk berbua demekian. Sehingga satu hari, Shahdan melarikan diri daripada dikelilingi rakan-rakannya. Dia telah cedera akibat dilanggar oleh sebuah lori. Apabila berada di hospital, penulis mengambil kesempatan tersebut untuk meluahkan perasaannya. Cintanya untuk Shahdan tidak kenal saiz tetapi apa yang ada di hati.


Respon

  1. Haziqah, saya dapat lihat ringkasan yang padat dan jitu dalam perlaksanaan tugas ini. Semestinya, sesiapa yang tidak membaca cerpen tersebut akan mendapat sedikit pengetahuan yang jelas berkenaan jalan ceritanya, Syabas!

    Namun, saya kurang melihat pengaplikasian strategi 3P-S yang telah kita bincang dan gunakan pada awal penggal ini. Sebagai panduan dan cadangan, mungkin anda dapat fikirkan semula beberapa persoalan seperti berikut:

    1. Apakah perasaan anda setelah membaca cerpen ini?
    2. Pendapat anda berkenaan watak utama dalam cerpen.. dan mengapa.
    3. Apakah pengajaran yang paling penting yang perlu diteladani atau dielakkan dari segi perwatakan dan peristiwa dalam cerpen ini.


Tinggalkan komen

Kategori