Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

3S3 Norsyafiqah Tujuh kumpulan mat motor terlibat

Artikel ini menyentuh tentang tujuh kumpulan ‘mat-mat motor’ yang berganding bahu memungut dana bagi Masjid Omar Salmah di Jalan Mashor, dekat Thomson Road. Mat-mat motor ini akan mengelilingi pulau untuk memungut derma. Selain itu, mereka juga akan memungut derma dengan memegang kotak-kotak derma di Festival Buah-buahan Segar Malaysia di Singapore Expo.

Usaha dan kerjasama mereka amat dihargai pengerusi Masjid itu, Encik Adbul Aziz Tahar yang kini berumur 56 tahun. Kata beliau, dana utama yang masjid itu memerlukan adalah untuk cukai tanah berjumlah lebih enam ribu dolar. Selain bantuan mat-mat motor, Syarikat Car City juga telah mengikrarkan sejumlah wang kepada masjid itu bagi setiap kereta yang dijualnya dari sekarang hingga akhir bulan Julai ini di samping sumbangan wang tunai berjumlah seribu dolar.

Usaha-usaha tersebut akan melengkapi beberapa acara menarik yang disajikan di festival yang telah bermula Khamis lepas. Antara acara tersebut ialah sesi santai bersama selebriti setempat, Suhaimi Yusof dan penceramah terkemuka, Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Menurut Encik Osman Arrifin, yang mengetuai usaha mengumpul dana itu, pihaknya berharap dapat mengumpulkan tiga puluh ribu dolar untuk Masjid Omar Salmah menerusi kegiatan-kegiatan. Untuk menjadikan keinginan mereka tercapai, golongan Singapura juga harus turut bekerjasama untuk menderma sedikit wang.

Ramai orang melihat mat-mat motor sebagai pencemar nama baik masyarakat tetapi dengan artikel ini, dapat mengubah perspektif mereka terhadap sesetengah mat-mat motor di Singapura. Saya turut bangga akan usaha gigih mat-mat motor itu untuk memungut derma. Saya juga berharap niat mereka untuk mengumpulkan dana sebanyak tiga puluh ribu dolar itu akan tercapai. Saya meyarankan orang ramai supaya turut membantu mereka melalui derma.


Responses

  1. Syafiqah, saya lihat kegigihan anda dalam menghasilkan ringkasan yang benar-benar mencerminkan isi utama yang dapat memerikan pemahaman pembaca walaupun tidak pernah terbaca artikel asal. Saya gembira melihat usaha anda ini.

    Bahagian ulasan secara amnya amat mengembirakan dengan adanya pernyataan perasaan serta harapan anda berkenaan isu tersebut. Malah, anda turut menyentuh tentang keperluan penglibatan orang ramai dalam usaha untuk menjayakan kerja-kerja amal.

    Seringkali, kita mempunyai stereotaip tentang ‘mat-mat motor’ ini sebagai hanya membuang masa melepak dan berlumba. Ini tidak dapat dinafikan. Namun, tidak patut dijadikan perkara utama dalam menilai individu berkenaan. Contohnya dapat dilihat melalui apa yang dilakukan oleh mat-mat motor ini.

    Kesimpulannya, apa sahaja yang kurang baik masih dapat diberi nafas baru dan perubahan yang sewajarnya. Yang penting, masyarakat perlu memberi sokongan yang penuh untuk menolak sebarang penolakan yang kurang membina.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: