Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

3s3 Nur Hazeerah Bte Md.Basri “Godaan Rokok”

    Artikel ini tentang  tabiat buruk merokok dan penagihnya.Merokok adalah masalah yang banyak masyarakat dalam dunia ini mengalami.Artikel ini memberi  kesedaran bahawa banyak remaja telah mengamalkan tabiat yang buruk ini.Banyak factor boleh mempegaruh remaja untuk merokok.Faktor-fatornya adalah tekanan daripada rakan dan seorang ahli keluarga yang telah megekalkan tabiat merokok itu.

    Remaja-remaja ini boleh meminta tolong untuk berhenti rokok daripada couselor atau menghubungi  hotline.Remaja-remaja yang selalu meminta tolong adalah golongan yang menyedari bahawa tabiat merokok boleh membahayakan kesihatan dan nyawa mereka.

    Pada pendapat saya,tabiat merokok sangat membahayakan diri dan keluarga kerena apabila penagih jatuh sakit akibat merokok,para keluarga akan mengalami masalah yang berat.Perokok itu akan melibatkan banyak orang dalam masalah mereka apabila mereka merokok.Para perokok harus berfikir tentang orang lain dahulu sebelum merokok.

    Saya berasa amat bangga terhadap remaja-remaja yang mahu berhenti tabiat buruk ini.Mereka sedang mencuba sedaya upaya mereka untuk berhidup secara biasa dan berhenti merokok.Ia bukan senang untuk memberhenti merokok dan mereka memperlukan orang untuk menyokong mereka.Sebab itu saya akan menyokong keputusan mereka untuk membuang tabiat merokok kerana mereka telah membuat sesuatu keputusan yang boleh memperbaiki hidup mereka buat selama-lamanya.


Responses

  1. Hazeerah, sememangnya tidak dapat disangkal bahawa tabiat merokok ini merupakan perihal yang kian berleluasa bukan sahaja di kalangan lelaki dewasa, tetapi wanita dan juga semua kelompok remaja. Saya dapat lihat ketekunan anda dalam perlaksanaan strategi 3P-S yang telah kita terapkan dalam pelajaran ulasan pada permulaan penggal ini. Syabas!

    Pernyataan pendapat dan perasaan anda juga telah berjaya dipersembahkan dengan nada yang menarik serta bukti yang daripada hasil pembacaan artikel berkenaan.

    Sebagai tambahan, mungkin anda dapat mengaitkan apa yang dibaca dengan beberapa persoalan dan kemungkinan. Apakah yang akan anda lakukan jika anda mempunyai seorang ahli keluarga yang menghadapi kesukaran untuk berhenti merokok? Selain itu, apakah kesukaran yang dapat anda jangkakan daripada usaha tersebut?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: