Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

3s3 Raudahtul Jannah Pesta Tari Malam Pupuk Perpaduan Kaum

Artikel ini menceritakan akan pesta perayaan hari keharmonian kaum yang disambut oleh Sekolah Menengah Kranji. Saya berasa bahawa sekolah mereka mengadakan satu pesta yang unik kerana pesta mereka bermula  dari senja hingga 9.30 malam pada 28 jun 2008. Ini sesutau yang berbeza kerana semua sekolah menyambut hari keharmonian kaum pada waktu pagi namum sekolah mereka menyambut pada waktu malam. Dengan cara ini juga pelajar akan lebih ghairah akan sambutan yang diadakan pada waktu malam.

 

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan tarian rakyat bagi kelas-kelas menengah satu yang terpilih, pertandingan tarian jalanan untuk menengah dua dan katogeri terbuka, pertandingan menyanyi untuk mencari Idola Kranji 2008, perarakan kostum untuk pelajar mahupun guru dan tarian besar-besaran untuk sesiapa sahaja yang ingin menari. Suasana bertambah seronok apabila pelajar berjaya memujuk guru-guru untuk berjoget bersama mereka.

 

Ibu bapa pelajar menengah satu dan dua turut hadir dalam memeriahkan lagi acara yang begitu hangat itu. Pelajar-pelajar seronok mempelbagai kostum khusus untuk sambutan termasya malam keharmonian kaum.  Seorang pelajar Sekolah Menengah Kranji, Farah Diana Afandi berpendapat bahawa diharapkan sekolah lain juga boleh mengadakan acara malam sebegini untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga adab masyarakat berbilang agama dan kaum.

 

Saya juga amat ghairah akan sambutan hari keharmonian kaum yang akan diadakan di sekolah saya pada tahun ini kerana buat julung kalinya, kami dapat menggayakan pakaian tradisional kami. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, kami hanya dibenarkan memakai pakaian seragam sahaja. Saya harap sambutan pada tahun ini akan menjadi lebih menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang akan disediakan oleh para guru. Saya tidak sabar untuk menantikan hari sambutan keharmonian kaum itu.


Responses

  1. Nampaknya, anda telah memulakan ulasan anda dengan cara yang unik, memberi penilaian perasaan anda terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Satu percubaan yang amat mengembirakan.

    Ringkasan yang telah dibuat dalam perenggan yang seterusnya juga turut memperlihatkan kebolehan anda menggambarkan isi utama dan cerita yang disentuh dalam artikel berkenaan.

    Tambahan pula, saya dapat melihat bagaimana pembacaan artikel juga turut memberi kesan terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri anda, terutamanya apabila kesinambungan dan perkaitan dibuat berkenaan perayaan di sekolah kita sendiri.

    Secara keseluruhan, satu ulasan yang matang dan patut dijadikan contoh oleh pelajar dan rakan anda yang lain.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: