Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

3S3 Siti Nurlaili Pandai belajar,bijak berbangsawan

Artikel ini memberitahu kita tentang penglibatan seni kumpulan Perbayu,Sekolah Menengah Perempuan Raffles.Ia memberitahu kita tentang pementasan bangsawan pertama mereka yang telah menerima sokongan kuat daripada orang awam.

Setahu saya,pementasan bangsawan agak sukar untuk dilakonkan kerana kita tidak tahu tentang kehidupan dan cara kehidupan raja-raja zaman dahulu.Mereka juga harus bercakap dalam bahasa istana.Lantas,saya puji mereka kerana telah bekerja keras untuk melakon dan menghayati watak mereka.

Saya rasa sungguh bangga dan gembira kerana terdapat sekumpulan pelajar sebaya saya yang ingin melibatkan diri dalam pementasan begini yang tidak selalu dipentaskan di Singapura.Kalau ada pun,tidak banyak yang dilakonkan oleh golongan remaja.

Pada pendapat saya,artikel ini telah dapat menyedarkan saya tentang adanya pementasan bangsawan di Singapura.Ia juga telah dapat menekankan tentang pentingnya bekerja secara kumpulan kerana jika mereka tidak bekerja sebagai satu kumpulan,pementasan tersebut tidak akan berjaya.

Lantas,saya berpendapat bahawa sekolah-sekolah patut mengadakan banyak aktiviti-aktiviti seperti pementasan-pementasan begini yang boleh melibatkan para pelajar untuk menggunakan bahasa melayu dengan lebih banyak serta memberitahu pelajar-pelajar tentang sejarah melayu kita.Selain daripada itu,sekolah-sekolah pun boleh turut sertakan murid-murid ke dalam bengkel-bengkel drama bahasa melayu yang boleh membuat para pelajar bergaul dalam bahasa melayu serta membuat mereka lebih konfiden apabila bertutur dalam bahasa melayu.


Responses

  1. Nurlaili, saya amat terkesan dengan hasil renungan dan pemikiran anda yang berjaya mempersembahkan ulasan yang amat baik sekali dari segi pendekatan dan isi.

    RIngkasan anda tentang artikel tersebut amat jelas. Yang amat mengembirakan ialah tentang pengetahuan sedia ada anda bahawa bangsawan merupakan teater melayu tradisional yang amat sukar dilaksanakan kerana laras bahasa dan tutur kata serta prop dan tatarias yang jauh berbeza daripada teater moden yang kita lihat kini.

    Perasaan dan pendapat yang anda kemukakan agak bertepatan dan berkesan. Teruskan usaha murni anda ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: