Posted by: menengah3e2 | Julai 13, 2008

Nurul Nadiah Bte Noordin 3s3 -Cinta Tidak Kenal Saiz

Ulasan artikel saya untuk minggu ini ialah satu cerpen yang bertajuk ‘cinta tidak kenal saiz’ hasil tulis Nur Onan dari sekolah menengah Evergreen.Kisah ini ialah tentang seorang remaja perempuan ,Farina,yang sudah berlama berkawan dengan seorang remaja lelaki yang bernama shahdan.Shahdan selalu diejek dan dibuli oleh pelajar pelajar sekolah tentang berat badannya yang berat itu.Walaupun Shahdan seorang yang gempal,Farina tetap setia berkawan dengan nya dan didalam sudut hatinya terdetik persaan cinta pada shahdan yang selalu disisi nya dan setia mendengar masalah-masalah yag harus dilalui Farina,Shahdan adalah tempat beliau mengadu.

Pada satu hari hari sekumpulan anak remaja samseng menyingung perasan Firana dan Shahdan dan mengejek mereka berdua dengan kata-kata yang meyakitkan.Firana yang tidak boleh lagi menahan emosi beliau menumbuk salah seorang samseng itu.Mungkin kerana perasan tersinggung dengan perbuatan Firana,shahdan pergi meninggalkan nya.Pada Malam itu,Firana berfikir akan perbuatannya,Neneknya menasihatinya dan cuba mengubat hati Firana yang sedang bingung.Firana membuat keputusan untuk meluahkan rasa cintanya pada Shahdan.

Tetapi malangnya,dia menjumpai shahdan dalam keadan kesakitan akibat kemalangan Jalan raya yang berpunca daripada pelajar pelajar sekolah yang cuba membuli.Firana yang berasa sebak sabar menanti Shahdan.Apabila Shahdan sudah menyedarkan diri,Firana meluahkan perasan beliau dan mereka terus berkawan.Pelajar Pelajar yang membuli Shahdan pula mula insaf dengan perbuatan mereka.

Perasaan Saya tersentuh apabila membaca cerpen ini kerana saya rasa ramai diantara kita selalu berasa tidak senang jika becinta dengan orang yang montel tetapi cerpen ini telah mengajar saya untuk tidak melihat rupa seseorang untuk berkawan,Lihat lah batin mereka juga kerana tidak ada gunanya jika seorang itu cantik di luar tetapi berperangai buruk.

Pendapat saya tentang cerita untuk cerepen ini ialah,Jalan cerita ini terlalu pendek.Permulaannya hingga ke Penutup nya sangat pendek tidak banyak masalah yang timbul.Penutupnya tidak meyakinkan pembaca jika Shahdan terima Firana atau tidak. Bahasa yang digunanakan juga terlalu senang dan tidak ada banyak peribahasa atau frasa berbunga di cerpen ini.

Saranan saya ialah untuk si penulis memanjangkan lagi cerita ini kerana idea ia baik cuma jalan ceritanya terlalu pendek dan tidak mencukupi untuk saya sebagai seorang pembaca.Harus ada lebih banyak masalah yang tibul juga kerana dengan cara ini Cerpen akan menjadi lebih seronok.Si penulis juga haru menyatakan dengan terang jika Shahdan menerima cinta Firana atau tidak kerana ia membingungkan pembaca.Frasa berbunga dan peribahasa harus banyak digunakan kerana ia menambahkan lagi warna warni pada cerpen ini.


Responses

  1. Ringkasan yang padat dan jitu. Namun, saya harap anda akan meletakkan lebih keprihatinan terhadap struktur ayat dan kegramatisan penulisan untuk memastikan praktis penulisan yang baik.

    Semestinya, amat membanggakan untuk melihat bagaimana penggunaan perenggan dalam penulisan ulasan anda ini membawa ketelitian dalam kupasan isi. Perasaan, pendapat dan saranan anda amat membina dan dilaksanakan berdasarkan bukti pembacaan cerpen tersebut. Semoga usaha anda ini dapat membina anda sebagai seorang pengkritik cilik bahan bacaan sastera. Selamat maju jaya!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: