Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

3A1 Ivonne Nathania “Godaan Rokok”

Godaan untuk merokok boleh menjadi perkara utama yang dihadapi oleh para remaja saat kini. Meningkatnya jumlah para remaha yang mempraktikkan budaya merokok membuktikan bahawa gejala merokok sudak merebak dimana sahaja. Para remaja tersebut terus merokok tanpa memikirkan tentang kesehatan mereka dan lebih-lebih lagi masa hadapan mereka. Merokok dapat menyebabkan berbagai penyakit, hal ini sudah menjadi hal yang umum bagi mereka. Namun, mereka tetap terus mempraktikkan budaya merokok mereka.

Kisah tentang Shaza yang ada di dalam artikel ini boleh memberitahu masyarakat bahawa keadaan sekitar (orang tua, teman atau keluarga) boleh menjadi penyebab utama yang menyokong budaya merokok kepada anak remaja. Saya berasa prihatin dengan keadaan Shaza. Ia mempunyai cita-cita yang baik, namun cita-cita tersebut ia rosak dengan kebiasaan merokoknya.

Pemerintah seharusnya mengadakan kempen-kempen untuk semua para remaja tentang bahaya daripada merokok. Dengan ini, masyarakat boleh sedar tentang akibat yang boleh terjadi kerana merokok. Sekolah-sekolah juga dikehendaki untuk memperhatikan para perlajar yang merokok dan memberikan hukuman kepada yang merokok. Dengan ini, mereka akan sedar bahawa merokok memang amat berbahaya. Sekolah boleh memasang kamera litar di setiap sudut sekolah. Jadi, sekolah boleh memperhatikan para pelajar dengan lebih cermat. Para orang tua juga dikehendaki untuk mengawasi anak mereka dan tidak membiarkan mereka bergaul dengan kawan yang salah.


Responses

  1. Saya setuju berkenaan tentang perihal remaja yang tahu akan kesan dan akibat daripada merokok tetapi masih meneruskan tabiat yang tidak sihat itu. Malah, pada setiap pek rokok yang dijual, terdapat gambar-gambar kesan berkenaan yang terlalu menjijikkan lagi menakutkan.

    Nampaknya, anda mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap remaja yang telah mengambil jalan yang kurang wajar sehingga memakan diri sendiri. Saya gembira melihat bagaimana anda mengusahakan strategi 3P-S dan menyokong pendapat dan perasaan anda dengan menggunakan bukti-bukti daripada artikel tersebut. Teruskan usaha yang baik itu.

    Sememangnya, banyak pihak yang terlibat apabila kita membincangkan berkenaan pelajar remaja yang merokok ini. Namun, ia akan berbalik semula kepada keinginan dan kesedaran individu itu sendiri. Banyak langkah mencengah perihal merokok dapat dilaksanakan, namun, ia masih boleh berlaku jika remaja kita masih tidak memahami mengapa pencegahan perlu berlaku.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: