Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

3A1 Muhd Syunnazry Pilihan tepat bantu cerahkan masa depan

Dalam artikel ini, ia menunjukkan seorang pelajar yang bernama Husnulkhetam Sulaiman yang dulunya seorang pelajar yang malas tetapi sekarang seorang pelajar yang telah mencapaikan markah yang tinggi dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran(GCE) Peringkat ‘O’.

Di dalam artikel ini, Husnulkhetam menceritakan bagaimnanya beliau merasa setiap kali dia harus ke kelas tuisyen anjuran Yayasan Mendakinya setiap pagi Sabtu. Dia selalu pergi ke tuisyennya dengan hati yang berat kerana dia haruslah mengorbankan sesi bola sepaknya bersama rakan-rakannya.

Tetapi, Husnulkhetam pun telah sedar bahawa keputusannya telah pun mencerahkan masa depannya. Dengan kerja kerasa dan dorongan dari ibu-bapanya, dia pun akhirnya mendapat markah yang cemerlang yang telah membawanya ke Politeknik Singapura.

Husnulkhetam telah menunjukkan kepada saya bahawa ia amat mudah untuk mendapatkan markah dan keputusan yang cemerlang. Walaubagaimanapun kita sebagai pelajar sekolah haruslah mempelajari bagaimana untuk mendisiplinkan diri supaya kita tidak ketinggalan dalam mata pelajaran kita. Kita juga harus meninggalkan tabiat buruk kita seperti kemalasan atau melengah-lengahkan kerja rumah kita.

Saya rasa bahawa kita akan tentu berjaya dalam hidup kita kalau kita berfokus akan pelajaran kita. Kalau kita mendapat keputusan yang cemerlang, hidup dan masa depan kita akan tentu cerah. Kita tidak haruslah membiarkan hidup kita digelapkan hanya kerana perangai kita yang malas


Responses

  1. Nampaknya, cara persembahan dan penulisan ulasan anda sangat teratur dan membina, Nazry. Saya gembira dengan kebolehan anda meringkaskan artikel dengan begitu padat dan jitu yang kemudiannya disusuli dengan pengajaran yang telah anda dapati daripada peristiwa pelajar tersebut. Anda berupaya menggambarkan perasaan anda dengan begitu terperinci. Syabas! Satu usaha yang perlu dijadikan contoh oleh rakan-rakan yang lain.

    Namun, kadang-kala, ia menjadi satu perkara yang amat sukar kita laksanakan. Ibarat pepatah Inggeris yang menyatakan bahawa begitu mudah untuk mengujarkan kata-kata tetapi adalah amat sukar untuk dilaksanakan kata-kata tersebut.

    Saya pasti, Nazry akan mencuba untuk melaksanakan apa yang telah dinyatakan dalam ulasan ini. Adakah sebarang kesukaran yang dapat Nazry jangkakan akan berlaku berkenaan penyakit ‘M’ ini? Dan bagaimanakah Nazry ingin mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut..

    Bak kata pepatah, Siapkan payung sebelum hujan. = )


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: