Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

3S2 Fadhli Karnival amal berjaya kumpul $150 000

Pada pendapat saya karnival-karnival seperti ini adalah satu cara yang kreatif untuk mengumpul dana. Artikel ini tentang Karnival Amal Jamiyah 2008 yang diadakan buat kali ke-15 itu. Beberapa gerai makanan dan permainan telah diadakan dan semua wang yang didapati akan dibagikan kepada kebajikan itu. Dengan cara ini penderma dapat menderma dan menghiburkan diri mereka sekali. Beberapa artis undangan seperti Hadi Mirza, AhliFiqir juga diundang pada ajlis itu untuk menggalakkan para belia datang dan memberi sokongan mereka. Saya berasa sungguh terharu setelah mengetahui bahawa bukan sahaja masyarakat melayu islam yang telah menderma tetapi pertuguhan seperti Buddhist Lodge, Kelab Masyarakat Hougang dan juga syarikat Sanden. Pada pendapat saya karnival begini harus diadakan pada masa yang akan datang kerana ia adalah satu cara yang menggalakkan penderma derma sambil meluangkan masa bersama ahli keluarga mereka ataupun berseronokkan dengan teman-teman mereka dan menolong orang-orang yang lebih susah daripada kita.


Responses

  1. Fadli, saya gembira melihat cara anda menggabungkan ringkasan serta pendapat. Sekurang-kurangnya, isi utama dapat difahami pembaca walaupun tidak membaca artikelnya sendiri.

    Namun, ingat bahawa ulasan artikel tidak meminta pendapat sahaja. Terdapat lagi perkara yang dapat diperkembangkan seperti pengetahuan anda secara amnya berkenaan karnival atau usaha-usaha amal yang berlaku setiap tahun, tidak kira sama ada ia dari badan-badan Melayu Islam. Antara contoh yang mungkin dapat diimbas kembali termasuk President’s Star Charity, Derma Tiket Amal dan banyak lagi.

    Dengan itu, sebagai tambahan, mungkin anda dapat memikirkan beberapa persoalan dan masalah dalam perihal tersebut:

    1. Peranan artis undangan untuk melariskan atau menjayakan kerja-kerja amal
    2. Kesukaran yang sering dihadapi dalam proses persiapan atau dalam mengutip derma itu sendiri
    3. Pengagihan duit kepada badan-badan yang memerlukan? (Boleh dikaitkan dengan kes NKF yang pernah hangat diperbualkan dahulu)
    4. Perasaan anda apabila membaca artikel dan langkah selanjutnya yang mungkin ingin anda corak untuk memberi sumbangan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: