Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

3S3 Nurul Amirah Isa KAMPUS AIS

Bagi ulasan artikel saya pada minggu ini, saya telah memilih sebuah artikel yang bertajuk Kampus Air. Saya telah pun membaca artikel ini. Saya rasa bahawa artikel ini agak menarik dan ia dapat menarik perhatian sesiapa pun yang membacanya, terutama sekali kanak-kanak dan remaja-remaja.

Artikel yang bertajuk Kampus Ais menceritakan tentang High School Musical. High School Musical ialah sebuah drama remaja Disney Channel yang amat popular dan diminati oleh golongan remaja dan juga kanak-kanak. Ramai telah menjatuh cinta dengan lagu-lagu yang dinyanyi dan dipersembahkan oleh pelakon-pelakon seperti Zac Efron, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale, Corbin Bleu dan Lucas Grabeel dalam drama sensasi yang amat popular ini.

Yang menarik perhatian saya dan mungkin orang lain, ialah drama sensasi ini akan dibawa ke satu tahap, iaitu di gelanggang ais. Ia dikenali sebagai High School Musical: The Ice Tour. High School Musical: The Ice Tour akan dipentaskan pada 5 Ogos hingga 10 Ogos. Persembahan di atas ais akan meraihkan keseronokan dan muzik dalam cara tersendiri. Lagu-lagu yang akan dipersembahkan termasuk We’re All In This Together, Get’cha Head In The Game, Start Of Something New, Stick To The Status Quo, What Time Is It?, Gotta Go My Own Way dan You Are The Music In Me.

Saya amat suka dengan drama sensasi popular ini. Saya rasa ramai remaja juga suka menonton drama sensasi ini dan juga gemar mendengar lagu-lagu yang dinyanyi oleh pelakon-pelakon. Saya juga percaya bahawa High School Musical: The Ice Tour akan berjaya. Saya rasa ramai yang akan membeli tiket untuk menonton muzikal tersebut. Pada pendapat saya, mereka yang akan menonton muzikal tersebut akan berasa seronok dan akan menjatuh cinta dengan persembahan tersebut.


Responses

  1. Amirah, saya rasa cara anda memulakan ulasan ini agak kreatif dengan usaha untuk memberi gambaran pendapat anda berkenaan artikel tersebut. Semestinya, latar belakang anda tentang cerita ini serta tontonan filem cerita ini sedikit sebanyak mempengaruhi pendapat dan perasaan anda semasa membaca dan menulis ulasan.

    Saya tidak dapat menyangkal pendapat anda bahawa ramai golongan remaja yang akan pergi menonton persembahan tersebut. Malah, saya lihat betapa seronoknya kanak-kanak sendiri apabila menonton cerita tersebut.

    Namun, yang ingin saya dapatkan kepastian adalah berkenaan mengapakah ia begitu menarik pada diri anda:

    1. Mungkinkah ia kerana anda dapat mengaitkan diri anda dengan begitu mudah kerana watak-wataknya sebaya dengan anda?
    2. Nyanyian dan unsur muzik yang menarik dan menyayat hati anda?

    Selain itu, apakah kelainan yang dapat jangkakan dalam persembahan di pentas Ais?

    Mungkin, anda dapat fikirkan persoalan-persoalan yang telah saya kemukakan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: