Posted by: menengah3e2 | Julai 15, 2008

Nurul Safwah 3S3; Godaan Rokok

Pada pendapat saya, remaja-remaja yang mula merokok kerana mereka fikirkan ia kool, telah membuat suatu yang akan mereka menyesal nanti. Terutama sekali jika remaja itu seorang perempuan. Ia amat mencurigakan saya perkara-perkara yang akan dilakukan oleh remaja-remaja zaman ini oleh kerana mereka mahu kelihatan “kool” di depan rakan-rakan mereka.

Bukan sahaja merokok membahayakan kesihatan seseorang itu, tetapi apabila seseorang into sudah ketagih merokok, mereka akan selalu membelinya, dah harganya bukannya murah. Mereka akan mula membuang duit untuk membeli rokok.

Rakan-rakan juga bermain sebagai suatu peranan yang penting dalam hidup seorang remaja. Rakan-rakan harus dipilih dengan baik-baik supaya kita tidak berkawan dengan mereka yang hanya mahu kita membuat perkara-perkara “kool” seperti mencuri,hisap dadah dan merokok. Kita harus mencari rakan yang akan menolong kita bila kita perlukan pertolongan dan bukan mereka yang hanya berada di sisi kita bila kita senang sahaja.


Responses

  1. Saya rasa pendapat anda itu amatlah tepat kerana sememangnya golongan remaja atau golongan muda kini mula merokok kerana ingin diterima oleh kawan-kawan mereka. Jika mereka tidak merokok, mereka akan dianggap kolot dan tidak diendahkan oleh rakan-rakan mereka itu.

    Saya juga rasa bahawa istilah mencurigakan yang digunakan dalam perenggan pertama itu sebenarnya merujuk kepada perihal diri anda yang tidak dapat memahami mengapa remaja perlu melakukan perkara berkenaan. Oleh itu, kosa kata yang lebih bertepatan mungkin, “…saya tidak memahami mengapa perkara-perkara sedemikian sanggup mereka lakukan, semata-mata untuk kelihatan ‘kool’ pada pandangan rakan mereka.

    Akhir sekali, nampaknya anda berhasil untuk menilai perihal perbuatan di mana remaja tidak dapat memilih golongan rakan yang baik. Keseluruhan usaha yang baik dalam mengaplikasikan strategi 3P-S.

    Sebagai tambahan, mungkin anda dapat berikan pendapat mengapa ini boleh berlaku? Apakah faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan dalam proses pemilihan rakan, contohnya:

    1. Ibu bapa
    2. Rakan Sekolah
    3. Guru
    4. Tekanan

    dan lain-lain lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: